Terdapat beberapa jenis kuih akok iaitu biasanya dibuat
berbentuk bujur, ikut acuan buah ulu (Akok kkedut) dan akok bunga atau dikenali
juga akok kemboja. Akok rasanya manis bertelor. Cara pengadunan dan pembakaran
merupakan faktor yang menjadikan sesuatu kuih akok itu sedap. Pada kebiasaannya
akok nisan bewarna gelap, sementara akok daun pandan dan akok Kemboja bewarna
hijau pucat. Akok berlauk mempunyai bentuk tekstur berspan.
Kuih akok merupakan salah satu kuih tradisional yang sangat
terkenal di negeri Pantai Timur khususnya di Kelantan dan Terengganu. Kuih ini
juga amat popular ketika bulan Ramadhan. Rasanya yang lemak manis amat digemari
oleh semua peringkat usia. Bahan utama dalam menghasilkan kuih ini adalah telur
, gula melaka, tepung gandum dan santan. Cara untuk menghasilkannya juga agak
menarik dimana ianya akan dibakar menggunakan api atas dan bawah sebagaimana
proses membuat kuih bahulu. Bezanya Cuma dari segi penggunaan acuannya sahaja
dimana, untuk menghasilkan kuih akok seseorang itu perlu menggunakan acuan kuih
itu sendiri.
Para pembuat akok di Kelantan ini asalnya terdiri dari
mereka yang berasal dari Pattani atau kawasan sekitar yang sememangnya
mempunyai persaudaraan dengan penduduk Kelantan. Rahsia resepi untuk
menghasilkan kuih akok yang lazat serta menimbulkan selera pemakannya adalah
pengadunan kuih akok ini sendiri.Biasanya penggunaan telur yang banyak akan
menghasilkan kuih akok yang berkualiti lembut,gebu serta enak apabila di
makan.Kuih akok ini sesuai di makan oleh semua dan lazimnya dihidang bersama
juadah minum petang.Namun,pemakanan secara berlebihan adalah tidak digalakkan
kerana kandungan gulanya yang agak banyak dan boleh memudaratkan kesihatan.
No comments:
Post a Comment