Friday 2 March 2018

Aktiviti Cuti CNY

Hi everyone. Assalamualaikum.

Hari ni nak cerita pasal aktiviti cuti Chinese New Year hari tu. Bagi kami budak-budak matrik ni, itu adalah last cuti panjang. Lepas ni cuti panjang pun cuti semester nanti.

Okay cuti Chinese New Year hari tu start pada 14 Februari hingga 24 Februari. Bertolak petang dari Kolej Matrikulasi Kedah ke Tanah Merah Kelantan. Sampai rumah lebih kurang pukul 1 pagi lebih. Apa lagi sampai rumah tu mandi then terus tidur hehe. Memandangkan jarak antara Kedah dan Kelantan tu agak jauh, jadi naik bas tu ambik masa yang lama. Tidur dalam bukan lena sangat pun. Alaa cuti kan masa untuk kita Qada tidur kita hahaha. Tapi kalau bangun lewat sangat, em jawabnya memang kena bebel la dengan mama. Hehehe. 

So, pagi tu bangun tidur. Keluar bilik tengok adik-adik tengah makan, tu adik-adik yang kecik la. Yang besar-besar ni main phone la apa lagi. Lepas tu, mama panggil ajak pergi Aeon Kota Bharu. Fuhh penat semalam tak hilang lagi sebenarnya. Tapi takpa lah sebab lepas ni tak sempat dah nak pergi Kota Bharu. Mama Abah kerja, adik-adik pulak sekolah. Yelaa, mereka cuti sampai isnin je. Haa bersiap-siap lah saya untuk keluar. Pergi jemput nenek kat rumah dia. Nenek mesti dan wajib la ikut sekali, bab kata nenek "Nenek pantang diajak, mestilah pergi". Then, sampai Aeon. Beli apa yang patut. Lepas balik rumah, buat perkara biasa. Makan, tengok tv, tidur hahaha,

Next, esok tu macam biasa aku duk rumah saja-saja. Bangun tidur, makan, tengok tv, main dengan kucing, kacau adik-adik, download cerita dan sebagainya. Esoknya pulak, saya dan ex-classmates form 5 dulu berpakat nak pergi rumah cikgu bahasa melayu kami, Cikgu Maznah. Tapi keadaan tak mengizinkan. Abah ajak satu family balik kampung kat Tumpat, Kelantan. Takpa, lagipun lama dah tak jumpa tok wan. Hmm, tapi kami tak tidur sana pun sebab esok mama kerja pulak. Balik ke rumah malam tu jugak.

Esoknya dah takda apa dah nak buat. Duk rumah macam biasa. Ada jugak keluar jumpa kawan-kawan. First tu jumpa kawan baik saya yang dah berkawan selama 13 tahun dari darjah 1 lagi. Kena jumpa la sebab nanti susah dah nak jumpa. Masing-masing belajar jauh. Then, tomorrow after tomorrow pulak, jumpa kawan masa sekolah rendah. Ala mini reunion je. Dua daripada mereka nak sambung belajar ke Mesir. In shaa Allah ke Mesir bulan March ni. Allahu bangga ada kawan macam mereka. Moga Allah permudah urusan mereka. Ameen.

Sepanjang cuti ada juga pergi sekolah menengah. Nak ambik sijil SPM. Sambil-sambil ambik sijil SPM, sempatla melawat cikgu-cikgu yang pernah mengajar dulu. Ye soalan wajib cikgu tanya "macam mana belajar?", "belajar kat mana?", "okay ke kat sana?". Lepas tu, bagi kata-kata semangat kat kami semua. Alhamdulillah, terima kasih cikgu. Suka tengok cikgu-cikgu excited jumpa kami semua. Kami pun mestilah excited jugak even ada la rasa nervous dan malu tu. Hahaha. Okay, lepas balik sekolah tu, saya keluar ke bandar Tanah Merah untuk luangkan masa dengan kawan. Makan sama-sama, kongsi cerita dan sebagainya hehe. Selesai semua, balik rumah. Ni last keluar dengan kawan-kawan. Lepas tu, terperap dalam rumah balik.

Senang cerita, cuti Chinese New Year banyak habiskan masa kat rumah. So, apa lagi. Gunala masa yang ada tu dengan keluarga tercinta. Bergurau, makan, tengok tv semua bersama. Hehe, seronoknya ya Allah. 

Tapi pejam celik pejam celik. Alaa cuti dah nak habis. Hati dah tak senang. Nak nangis pun ada, tak ready nak tinggal keluarga. Yela kan, nanti 3 bulan tak balik rumah. Haihh sabar jelah Afrina. Hehehe.

Okay tu jelah cerita saya tentang aktiviti saya pada cuti Chinese New Year hari tu. Okay bye! Assalamualaikum😇 

No comments:

Post a Comment